Rasuah atau makan suap ialah suatu perbuatan yang biasanya beredar di kalangan pejabat-pejabat yang mempunyai kuasa. Dengan kekuasaan tersebut, maka apa-apa yang dihajatkan oleh si penyuap/penyogok dapat dihasilkan dengan memberi suatu pemberian yang menggembirakan hati pegawai tersebut samada berupa wang, benda-benda berharga, barang perhiasan mahupun berupa makanan.

Oleh itu rasuah berlaku diantara kedua-dua pihak yang memberi dan yang menerima pemberian itu untuk mendapatkan sesuatu hajat.

Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam, dihitung sebagai suatu Dosa Besar.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”

Sabda Nabi S.A.W

“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.

Orang-orang bijak pandai pada zaman ini menganggap “Rasuah” itu adalah satu cabang dari korupsi yang sasarannya sama-sama merugikan masyarakat, bangsa dan negara.

Maka kita sebagai umat Islam haruslah menjauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah.  Ingat-ingatkanlah wahai Para Menteri Semua!