Rasuah atau makan suap ialah suatu perbuatan yang biasanya beredar di kalangan pejabat-pejabat yang mempunyai kuasa. Dengan kekuasaan tersebut, maka apa-apa yang dihajatkan oleh si penyuap/penyogok dapat dihasilkan dengan memberi suatu pemberian yang menggembirakan hati pegawai tersebut samada berupa wang, benda-benda berharga, barang perhiasan mahupun berupa makanan.

Oleh itu rasuah berlaku diantara kedua-dua pihak yang memberi dan yang menerima pemberian itu untuk mendapatkan sesuatu hajat.

Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam, dihitung sebagai suatu Dosa Besar.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”

Sabda Nabi S.A.W

“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.

Orang-orang bijak pandai pada zaman ini menganggap “Rasuah” itu adalah satu cabang dari korupsi yang sasarannya sama-sama merugikan masyarakat, bangsa dan negara.

Maka kita sebagai umat Islam haruslah menjauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah.  Ingat-ingatkanlah wahai Para Menteri Semua!

Advertisements

Habbatul As-Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatul As-Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Anti inflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Anti arthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati masalah mulut berbau.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Al-HabbatuL As-Sauda’ Dalam Bahasa Lain

Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggeris = Nigella Sativa, Black Seed, Black Cumin
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah

Melayu/Indonesia = Jintan Hitam

 

  1. Mereka yang kaya. Iaitu orang yang banyak amal solehnya. Amal soleh itulah yang dibangkitkan menjadi harta benda yang bertumpuk-tumpuk.
  2. Mereka yang miskin. Iaitu mereka yang kafir. Adapun orang-orang kafir itu amal solehnya didunia ini nanti di akhirat kelak tidak akan diterima Allah. Amal solehnya tidak dibangkitkan menjadi harta.
  3. Orang yang muflis. Iaitu orang yang kaya mula-mula, tapi setelah dibayar hutang-hutangnya, akhirnya harta itu habis. Inilah orang yang beriman. Disamping dia beribadat dan beramal soleh, dia juga membuat berbagai maksiat. Disamping banyak sembahyang sunatnya, dia juga memakan riba, berjudi atau meminum khamar. 

October 2018
M T W T F S S
« Dec    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 7,679 hits
Advertisements